PKR kekal kerjasama dengan PAS untuk tumbangkan BN

PKR kekal kerjasama dengan PAS untuk tumbangkan BN

Naib presiden PKR memberi jaminan akan tetap berusaha memastikan semua parti pembangkang mengekalkan pendirian 1 lawan 1 pada PRU akan datang.

Tian-Chua_pkr_pas_600
KLANG:
PKR bertegas akan terus mengekalkan kerjasama dengan PAS bagi memastikan parti pembangkang dapat menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) akan datang

Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata perjanjian secara rasmi atau tidak antara parti pembangkang untuk bergabung adalah perkara lain.

“Matlamat utama pembangkang adalah menafikan kerusi dimenangi BN pada pilihan raya lalu.

“Hubungan PAS dengan kita (PKR) kekal. Kita tetap akan berusaha memastikan semua parti pembangkang mengekalkan pendirian 1 lawan 1 dalam pilihan raya akan datang,” katanya ketika ditemui di sini selepas menziarahi keluarga S Balamurugan yang mati dalam tahanan polis Balamurugan di Solok Bukit Mertajam.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan PAS yang mengulangi tidak akan bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) jika parti itu menjalin hubungan dengan DAP dan Amanah.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata keputusan itu muktamad selaras garis panduan ditetapkan PAS sebelum ini.

“Terpulang kepada dia (PPBM) untuk bekerjasama dengan DAP atau Amanah tetapi PAS ada garis panduan iaitu tidak bekerjasama dengan parti yang ada hubungan dengan kedua-dua parti tersebut,” katanya.

Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini dilaporkan berkata parti itu akan mengadakan kerjasama dengan DAP.

Ia susulan kenyataan Hadi yang menegaskan PAS tidak akan bekerjasama dengan PPBM untuk menghadapi PRU ke-14.

Hadi membuat kenyataan itu selepas Dr Mahathir berkata PPBM memberi tempoh sebulan untuk PAS membuat keputusan berhubung kerjasama 2 parti itu.

Jawatankuasa Induk Bersama PPBM dan PAS sebelum ini pernah mengadakan pertemuan untuk membentuk kerjasama, persefahaman dan muafakat politik.

Muktamad, PAS tak nak kerjasama dengan PPBM

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.