
Pengerusinya Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata setakat 9 pagi, kira-kira 37% daripada 188 pengundi awal sudah menunaikan tanggungjawab mereka.
Bercakap kepada pemberita selepas melawat pusat pengundian awal di Dewan Masyarakat Kampung Sungai Lundu di sini, beliau berkata SPR turut berpuas hati dengan perjalanan PRK Tanjong Datu setakat ini.
“Tiada poster yang tidak diingini contohnya memburuk-burukkan personaliti itu tidak ada.
“Saya nampak banyak poster yang berdasarkan keharmonian, kekeluargaan, kesepakatan dalam kalangan masyarakat. Ini menunjukkan Sarawak mengekalkan suasana berkempen dengan keadaan cukup baik,” katanya.
Untuk pengundian awal hari ini, SPR membuka 2 pusat pembuangan undi iaitu di Dewan Masyarakat Lundu di Kampung Sungai Lundu dan Dewan ULS Kem Sempadi yang masing-masing menyediakan satu saluran mengundi.
Seramai 188 pemilih atau 1.9% daripada 9,959 pemilih berdaftar bagi PRK ini adalah pemilih awal, merangkumi anggota polis dan tentera yang mula menunaikan tanggungjawab mereka seawal pusat pengundian dibuka pada 8 pagi.
Mengulas lanjut, Hashim berkata beliau yakin tidak ada isu besar yang boleh menjejaskan ketenteraman di Sarawak mahupun kawasan PRK sendiri.
“Sekali lagi saya harapkan pemberita memainkan peranan yang baik dan penting dalam kita satupadukan masyarakat dan beri ketenteraman dalam masa tempoh berkempen,” katanya.