LPPKN terima anugerah antarabangsa di New York

LPPKN terima anugerah antarabangsa di New York

Anugerah kategori Organisasi Keluarga itu disampaikan di Ibu Pejabat PBB di New York, semalam, sempena Persidangan Pembangunan Sosial ke-55.

lppkn
KUALA LUMPUR: Malaysia melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menerima anugerah daripada Persekutuan Pembangunan Keluarga Antarabangsa (IFFD) atas inisiatif membangunkan Dasar Keluarga Negara.

LPPKN dalam kenyataan berkata, anugerah bagi kategori Organisasi Keluarga itu disampaikan di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York, semalam, sempena Persidangan Pembangunan Sosial ke-55.

Ia dihadiri Pengerusi LPPKN, Datuk Mariam Mas Yaacob dan Ketua Pengarah LPPKN, Datuk Dr Siti Norlasiah Ismail.

IFFD adalah pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa berstatus perundingan dengan PBB.

Menurut kenyataan itu, Malaysia adalah antara negara mempunyai dasar eksplisit berkaitan keluarga yang mengutamakan perspektif keluarga dalam perancangan pembangunan negara.

“Dasar Keluarga Negara yang dilancarkan pada 2011 oleh kerajaan sudah menghasilkan pelan tindakan seterusnya seperti sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan pada November, pemberian insentif cukai kepada pelaksanaan program aturan kerja anjal serta Hari Keluarga di sektor korporat,” menurut kenyataan itu.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.