Serbu kedai permainan video, Jamal direman 5 hari

Serbu kedai permainan video, Jamal direman 5 hari

Peguam mewakili ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu berkata Jamal disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan atas tuduhan samun berkumpulan.

jamal-yunos
KUALA LUMPUR: Pengerusi Gabungan Gerakan Merah Malaysia (GNGMM), Datuk Seri Jamal Md Yunos ditahan reman 5 hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung serbuan ke atas beberapa premis perjudian di sekitar Selangor, akhir tahun lepas.

Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali membenarkan permohonan polis untuk menahan reman Jamal sehingga 7 Februari.

Di luar Mahkamah Majistret Ampang dekat sini, peguam Zamri Idrus yang mewakili Jamal memberitahu media anak guamnya disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan.

Beliau berkata Jamal ditangkap disebabkan satu laporan polis terhadap anak guamnya itu dan tempoh tahanan reman tersebut dikeluarkan kerana polis memerlukan masa untuk melengkapkan kertas siasatan.

Jamal yang juga ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu ditahan di kediamannya pada 3 petang semalam.

Pada Disember tahun lepas, Jamal bersama beberapa yang lain “menyerbu” beberapa premis yang menjalankan kegiatan judi di Ampang, Selangor.

 

Jamal Yunos bawa ‘Azmin’, ‘Ean Yong’ serbu pusat judi

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.