
Ular sepanjang 8 meter itu ditemui oleh penduduk kampung tersangkut di jaring yang dipasang untuk menangkap ikan.
Ketua Balai Bomba Jalan Abdullah Segamat Herman Amat berkata, ular berkenaan tersangkut dan berbelit di jaring dipasang penduduk kampung.
“Ia ular bersaiz besar yang mungkin mencari kawasan perlindungan kerana habitatnya dinaiki air atau tersangkut semasa keluar mencari makanan.
“Kebiasaan kes ular yang kita terima di Segamat saiznya kecil. Jarang ada saiz besar sebegini,” katanya kepada FMT hari ini.
Sehubungan itu, pihaknya menasihatkan ibu bapa membuat pemantauan kepada anak agar melarang mereka bermain iar pada musim banjir.
“Pelbagai bahaya boleh dihadapi, sama ada binatang berbisa dan lokasi air dalam yang boleh mengundang kecelakaan,” katanya.