
Pelakon kelahiran Tehran, Taraneh Alidoosti, 33, menyifatkan cadangan itu sebagai rasis.
“Larangan visa ke atas warga Iran itu tindakan rasis. Sama ada larangan itu melibatkan acara kebudayaan atau tidak, saya tidak akan menghadiri #AcademyAwards 2017 sebagai tanda bantahan,” kata Alidoosti di Twitter semalam.
Perintah eksekutif dijangka ditandatangani Trump tidak lama lagi yang akan menyekat kemasukan pelarian Syria ke AS, dan menggantung kemasukan pendatang dari negara majoriti Islam seperti Syria, Sudan, Somalia, Iraq, Iran, Libya dan Yaman.
Menerusi filem “The Salesman”, Alidoosti melakonkan watak isteri dalam tafsiran semula klasik teater AS “Death of Salesman”, mengisahkan kehidupan pasangan yang bertukar tegang.
Semalam, filem arahan pengarah Iran, Asghar Farhadi, dicalonkan untuk filem bahasa asing Oscar, dan merangkul hadiah di festival filem Cannes, Chicago dan Munich.
Alidoosti turut berlakon dalam drama TV Iran “Shahrzad”.