Bot karam di Mersing: 2 lagi mayat ditemui

Bot karam di Mersing: 2 lagi mayat ditemui

Mayat 2 lelaki tanpa dokumen diri itu ditemui terdampar oleh pasukan mencari dan menyelamat di pantai Tanjung Leman.

indo-boat-karam
MERSING: Dua lagi mayat ditemui hari ini menjadikan 12 orang terkorban dalam bot karam di perairan Tanjung Rhu semalam.

Ketua Polis Daerah Mersing, DSP Cyril Edward Nuing berkata, setakat 12 tengah hari ini, mayat 2 lelaki tanpa dokumen diri itu ditemui terdampar oleh pasukan mencari dan menyelamat di pantai Tanjung Leman di sini.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat yang terdiri daripada anggota polis, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bermula jam 8 pagi selepas dihentikan berikutan hujan dan ombak kuat, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira 4 pagi semalam, bot pancung dipercayai dinaiki 40 orang dari Batam, Indonesia cuba masuk ke negara ini sebelum karam akibat dipukul ombak kuat.

Mayat 10 warga asing melibatkan 4 lelaki dan 6 wanita dijumpai terdampar di pantai berkenaan semalam, bagaimanapun 2 mangsa ditemui selamat, iaitu seorang lelaki dan seorang wanita masing-masing berusia 28 dan 20 tahun.

 

Bot karam di Tanjung Rhu, 9 warga asing mati lemas

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.