Wang tunai RM60,000 ditemui tangkapan kes rasuah kuota beras

Wang tunai RM60,000 ditemui tangkapan kes rasuah kuota beras

Wang tunai RM10,113 ditemui dalam peti besi pejabatnya, manakala RM51,100 lagi ditemui dalam bonet kereta suspek.

rasuah-sprm
PUTRAJAYA:
Seorang pembantu penguat kuasa sebuah kementerian, direman 6 hari mulai hari ini, berkaitan siasatan kes rasuah kuota beras bersubsidi.

Lelaki berumur 57 tahun itu ditahan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada jam 9.20 malam tadi, selepas beliau dibawa ke ibu pejabat SPRM itu dari pejabatnya kira-kira 10 pagi untuk disoal siasat.

Menurut sumber SPRM, wang berjumlah RM10,113 ditemui di peti besi di pejabatnya dan wang tunai RM51,100 turut ditemui di bonet kereta penjawat awam itu ketika pemeriksaan dijalankan.

Menurut sumber itu, suspek dipercayai menerima rasuah sebanyak RM468,000 secara berperingkat daripada sebuah syarikat pemborong beras untuk mendapatkan kuota beras bersubsidi Super Tempatan 15 (ST15) peratus hancur.

Menurut sumber itu, penahanan itu adalah susulan penahanan seorang ketua setiausaha sebuah kementerian, sebelum ini.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini.

Rasuah: Reman 11 hari tamat, KSU dan anak dibebaskan

KSU kementerian, 2 anak lelaki direman 7 hari

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.