Yaya Toure tolak tawaran China RM2.3 juta seminggu

Yaya Toure tolak tawaran China RM2.3 juta seminggu

Pemain berusia 33 tahun dari Ivory Coast itu dikatakan mendapat perhatian China sejak tahun lalu.

Yaya-Toure_china_600
LONDON:
Pemain tengah Manchester City, Yaya Toure menolak tawaran kelab Liga Super China yang mahu membayarnya kira-kira RM2.3 seminggu, menurut laporan semalam.

Toure bakal tidak terikat dengan mana-mana kontrak pada akhir musim ini dan kelab dari China yang banyak menawarkan kontrak kepada bintang bola sepak sejak beberapa bulan lalu, memberi tawaran mahal itu kepada Toure.

Pemain berusia 33 tahun dari Ivory Coast itu dikatakan mendapat perhatian China sejak tahun lalu.

Bagaimanapun, Toure tidak mengendahkan tawaran itu dan responsnya sama seperti sebelum ini ketika sekali lagi dihubungi pada pemindahan musim sejuk bulan ini.

Toure dikatakan lebih berminat untuk terus bermain di England, lapor BBC dan media British lain.

Masih belum jelas sama ada City, yang mendapatkan Toure dari Barcelona pada 2010, akan menawarkan kontrak baharu kepadanya.

Toure mendapat semula tempatnya di bahagian tengah pasukan City sejak 2 bulan lalu, kerana sebelum ini berlaku pertengkaran antara kelab dan ejennya mengancam untuk menamatkan masanya di kelab itu.

Pengurus Pep Guardiola membekukan Toure selepas wakilnya yang terlalu lantang bersuara, Dimitri Seluk mendakwa pemain tengah itu dimalukan apabila tidak tersenarai dalam skuad City bagi Liga Juara-juara.

Masalah itu selesai selepas Toure memohon maaf pada November lalu.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.