6,000 pokok pisang musnah akibat banjir

6,000 pokok pisang musnah akibat banjir

Pengusaha tanaman pisang di Terengganu terpaksa mengalami kerugian RM90,000 selepas semua tanamannya rosak akibat banjir teruk melanda pantai timur sejak minggu lalu.

pokok-pisang-banjir
KUALA BERANG:
Kira-kira 6,400 pokok pisang milik seorang pekebun di Kampung Getang di sini musnah dalam banjir yang berlaku sejak 9 hari lalu.

“Yang tinggal cuma daun pisang,” kata Tuan Ismail Tuan Muda, 45.

Beliau yang pertama kali menanam pisang berkata beliau kerugian kira-kira RM90,000.

“Kebun saya seluas 8 ekar dinaiki air sehingga 2 meter. Semua pokok pisang saya sudah berbuah dan ada yang hampir masak. Sudah ada pun peraih yang mahu memborong pisang saya,” katanya.

Tanaman tersebut diusahakannya sejak 8 bulan lalu.

“Saya menghabiskan modal lebih RM30,000 untuk kos baja, pagar dan benih pisang,” katanya.

Antara pisang yang ditanamnya ialah pisang nangka, pengkalan berangan, pisang relung dan pisang raja.

Tuan Ismail berkata separuh daripada 500 anak kelapanya juga turut rosak.

“Ada yang dibawa arus,” katanya.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.