
Penahanan reman itu bagi membolehkan SPRM menjalankan siasatan berhubung kes rasuah, salah guna kuasa dan penggubahan wang haram.
Majistret Mahkamah Putrajaya Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan suspek bergelar “Datuk” yang berusia 59 tahun itu ditahan reman selama seminggu bermula hari ini sehingga 11 Januari.
Kedua-dua anak lelaki suspek berusia 34 dan 29 tahun.
Semua suspek ditahan mengikut Seksyen 117 Tatacara Jenayah.
Sementara itu, menurut Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Ahmad Akram Gharib, siasatan kes terhadap ketiga-tiga individu itu dijalankan mengikut Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009, Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram.
Mereka tiba di Mahkamah Putrajaya kira-kira jam 9.40 pagi dengan berpakaian baju lokap berwarna jingga diiringi pegawai SPRM.
Semalam, negara dikejutkan dengan penahanan KSU terbabit di kediamannya di USJ, Subang Jaya kerana disyaki terlibat dalam rasuah dan salah guna kuasa.
Menurut Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Azam Baki, “Datuk” berkenaan ditahan bersama anak lelaki berusia 29 tahun pada jam 8 pagi dan dibawa ke Putrajaya untuk disiasat.
“Lelaki berusia 29 tahun dipercayai berperanan menerima serta menyimpan wang hasil rasuah daripada kontraktor, pembekal dan vendor yang mempunyai kepentingan dengan KSU terbabit,” katanya.
Kata Azam, SPRM turut merampas jongkong emas dan wang tunai yang dianggarkan bernilai kita-kira RM3 juta.