
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Shafruddin Ali Hussin berkata, pihaknya menjangkakan hanya 24 sekolah akan ditutup, namun hujan lebat berterusan sejak semalam menyebabkan lebih banyak laluan ke sekolah dinaiki air dan ada sebahagian sekolah turut dilanda banjir.
“Daripada 63 sekolah itu, 24 sekolah ditutup di Hulu Terengganu, masing-masing 19 di Besut dan Setiu serta sebuah lagi di Kemaman,” katanya kepada Bernama.
Beliau tidak menolak kemungkinan lebih banyak sekolah akan ditutup esok, sekiranya banjir bertambah buruk di Terengganu.
Semalam, JPN Kelantan dalam satu kenyataan memaklumkan 48 sekolah di negeri itu ditutup kerana sekolah dinaiki air atau laluan ke sekolah ditenggelami air.
Jumlah itu merangkumi 24 sekolah di Pasir Mas, Kuala Krai (9), Tanah Merah (6), Tumpat (5) dan Machang (4) yang membabitkan 1,528 guru serta 15,084 pelajar.