
Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia semalam, syarikat itu berkata, rangka kerja IBR menetapkan tarif asas untuk tempoh kawal selia 3 tahun mulai Januari tahun depan dan membenarkan perubahan dalam kos gas untuk dilepaskan melalui mekanisme penyaluran kos gas setiap 6 bulan.
Pada 2017, tarif asas purata diluluskan pada RM26.71 MMBtu (sejuta Unit Termal British) untuk separuh pertama, diikuti RM28.05 MMBtu pada separuh ke-2 dan seterusnya RM30.90 dan RM31.92 MMBtu masing-masing pada separuh pertama dan ke-2 2018.
Pada 2019, tarif asas purata yang diluluskan ialah RM32.69 MMBtu untuk 6 bulan pertama dan RM32.74 bagi 6 bulan berikutnya.
Jadual tarif asas yang disemak untuk tempoh bermula 1 Januari hingga 30 Jun tahun depan seperti berikut:

Gas Malaysia berkata, di bawah mekanisme GCPT, satu rebat tarif sebanyak RM0.40 setiap MMBtu akan diberi kepada semua kategori tarif untuk tempoh Januari hingga Jun 2017.
“Ini diterjemahkan kepada tarif berkesan purata sebanyak RM26.31 setiap MMBtu, iaitu pengurangan 2.74% berbanding tarif purata sebelum ini,” katanya.
Menurutnya, tarif asas untuk tempoh kawal selia itu dijangka memberi sumbangan positif kepada kedudukan kewangan syarikat bagi 3 tahun kewangan akan datang.