
Tunisia menyaksikan gelombang serangan pejuang ekstremis sejak revolusi 2011, termasuk terhadap pelancong asing dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menjangkakan lebih 5,000 warga Tunisia berjuang untuk pengganas luar, kebanyakan di Iraq dan Syria.
“Kembalinya pengganas dari tempat pergolakan sangat membimbangkan dan boleh membawa kepada ‘Somalisasi’ dalam negara,” kata kenyataan daripada kesatuan pasukan keselamatan dalaman negara, merujuk kepada kumpulan Shabaab di Somalia yang dikaitkan dengan Al-Qaeda.
Pejuang pertempuran sengit “menerima latihan ketenteraan dan belajar menggunakan pelbagai senjata canggih”, katanya.
Amaran itu dikeluarkan sehari selepas pihak berkuasa berkata 3 individu ditahan termasuk anak saudara Anis Amir, warga Tunisia yang juga suspek memandu trak dalam serangan mati di pasar Krismas di Berlin minggu lalu.
Ratusan orang berkumpul di luar Parlimen di sini pada Sabtu untuk membantah kelulusan membenarkan pejuang ekstremis kembali ke negara ini.
Pada Jumaat, Menteri dalam Negeri Hedi Majdoub memberitahu Parlimen, kira-kira 800 warga Tunisia yang pernah berjuang untuk kumpulan ekstremis di luar negara, sudah kembali ke tanah air.
Presiden Beji Caid Essebsi awal bulan ini berkata pihak berkuasa enggan memberi pengampunan kepada warga Tunisia yang berjuang untuk organisasi pengganas.
“Ramai antara mereka yang hendak pulang, dan kami tidak boleh mencegah warga Tunisia yang ingin kembali ke negaranya. Tetapi kami akan mengambil langkah berjaga-jaga,” katanya.
Susulan kritikan teruk di akhbar dan media sosial, pada 15 Disember Essebsi ketika bercakap di televisyen Tunisia berkata “kami tidak akan memenuhi permintaan pengganas”.
Semalam, menteri dalam negeri berkata 5 individu ditahan di Ariana, utara Tunis, disyaki kerana “merekrut golongan muda untuk dihantar ke kawasan konflik”.