Najib gesa rakyat toleransi, bantu golongan memerlukan sempena Krismas

Najib gesa rakyat toleransi, bantu golongan memerlukan sempena Krismas

Najib berkata, nilai itu didukung penganut semua agama.

najib-crismat
KUALA LUMPUR:
Datuk Seri Najib Razak menyeru rakyat Malaysia berpegang teguh kepada nilai murni yang mengeratkan mereka selama ini seperti sikap bertoleransi antara satu sama lain dan membantu golongan memerlukan.

Dalam perutusan Krismasnya, perdana menteri berkata, nilai itu didukung penganut semua agama.

“Ini adalah masanya untuk menyerlahkan nilai yang menjadi pegangan penganut Kristian dan agama lain – saling menghormati, sikap bertoleransi antara satu sama lain dan membantu mereka yang kurang bernasib baik.

“Ini merupakan nilai yang mengikat erat kita semua, untuk meraikan kekayaan dan kepelbagaian yang wujud di negara ini secara bersama,” katanya.

Beliau turut mengucapkan ‘Selamat menyambut Krismas’ kepada rakyat Malaysia yang meraikan perayaan itu di tanah air atau di luar negara bersama orang tersayang.

Katanya, ia merupakan hari menyatukan rakan dan ahli keluarga di seluruh negara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.