23 Mac tentukan jika Najib boleh saman fitnah Ling

23 Mac tentukan jika Najib boleh saman fitnah Ling

Hakim Mahkamah Tinggi mahu menunggu keputusan akhir Mahkamah Persekutuan untuk memutuskan sama ada pegawai awam boleh membuat tindakan saman terhadap fitnah.

najib_ling-liong-sik_600_2
KUALA LUMPUR:
Mahkamah Tinggi menetapkan 23 Mac ini bagi keputusan sama ada Datuk Seri Najib Razak boleh meneruskan saman fitnah terhadap bekas menteri Tun Ling Liong Sik yang mendakwa perdana menteri “mengambil wang rakyat” berhubung isu derma RM2.6 bilion.

Peguam Ling Villie Nechi berkata tarikh itu disampaikan Hakim Datuk Nor Bee Ariffin semasa pengurusan kes hari ini.

“Hakim mahu menunggu keputusan akhir Mahkamah Persekutuan yang memutuskan sama ada pegawai awam boleh menyaman sesiapa kerana fitnah. Keputusan mahkamah tertinggi akan mengikat Mahkamah Tinggi,” kata Villie kepada pemberita.

Peguam Nor Emelia Mohd Ishzeham mewakili Najib.

Pada Mac lalu, Mahkamah Rayuan membatalkan saman Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob terhadap Utusan Melayu (M) Berhad kerana beliau memfailkan kes dalam kapasiti rasminya.

Mahkamah menerima prinsip undang-undang yang diputuskan dalam kes Derbyshire County vs Times Newspapers Ltd untuk digunakan di sini.

Dalam kes itu, membuat keputusan pada 1993, mahkamah memutuskan pihak berkuasa tempatan tidak boleh mengambil tindakan undang-undang berdasarkan kritikan.

Rayuan Adnan dijadualkan akan didengar Mahkamah Persekutuan pada Februari.

Ling memfailkan permohonan membatalkan saman Najib pada 15 Februari.

Pada 27 Oktober tahun lepas, Najib, yang juga presiden Umno, memfailkan saman fitnah ke atas dakwaan Ling.

Ling kemudian memfailkan fitnah saman balas pada 14 Disember tahun lalu terhadap Najib.

Pada 29 Sept (tahun ini), peguam utama Ling Ranjit Singh berhujah di hadapan Nor Bee yang Najib tidak mempunyai kedudukan undang-undang kerana saman itu dilakukan atas sifat rasminya.

Beliau berkata kenyataan dakwaan Najib mendedahkan plaintif (Najib) mengadu serangan ke atas reputasi beliau itu dibuat atas dasar sebagai penjawat awam dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB.

Ling mendakwa Najib menyalahgunakan wang rakyat dan meletakkannya dalam akaun bank peribadi untuk memperoleh kekayaan dan keuntungan.

Beliau mendakwa Najib menggelapkan dana kerajaan milik 1MDB, sebuah syarikat pelaburan kerajaan.

Bekas presiden MCA, yang pernah menjadi menganggotai Kabinet Najib, berkata kenyataan yang didakwa sebagai fitnah kerana 1MDB adalah wang kerajaan yang diperoleh daripada pembayar cukai.

Peguam Hafarizam Mohd Harun berkata pokok hujah Najib adalah serangan itu adalah terhadap reputasi peribadinya.

“Peguam negara akan mewakili perdana menteri jika perkara itu melibatkan kerajaan dan tindakan Najib dalam kapasiti awamnya,” kata beliau.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.