Jamal Yunos berang Ratu Naga persenda masalah air

Jamal Yunos berang Ratu Naga persenda masalah air

Tindakan Ratu Naga ke rumah Jamal Yunos membawa sebotol air membangkitkan kemarahan kerana dituduh mempersendakan kesusahan yang dialaminya.

ratu-najea_cat_600
PETALING JAYA:
Pemimpin Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunos berang dengan “bantuan” bekalan air dihantar aktivis pembangkang Syarul Ema di kediamannya, hari ini.

Ia menyebabkan Syarul Ema atau lebih dikenali dengan nama Ratu Naga dibaling telur, tepung dan disimbah air oleh 31 ahli Baju Merah termasuk Jamal.

Bercakap kepada FMT, Jamal berkata beliau menerima berita Ratu Naga akan datang ke rumahnya pada 6.30 pagi dan menjemput media untuk hadir.

Beliau kemudian memaklumkan kepada jiran ada tetamu yang akan datang membawa bantuan air walaupun sebelum itu bantuan bekalan air sudah diterima.

“Kehadiran beliau pagi tadi disambut saya sendiri. Saya sangkakan beliau datang bersama lori tangki besar supaya boleh dikongsi bersama jiran-jiran di sini.

ratu21

“Tapi beliau datang hanya membawa air sebotol. Ia satu penghinaan yang sengaja hendak menyakitkan hati saya. Beliau tak tahukah betapa susahnya keadaan kami, nak membuang air, mandi dan masak?” katanya.

Beliau berkata, jiran-jiran yang ada turut marah kerana Ratu Naga meremehkan perkara penting.

Sebelum ini dilaporkan Ratu Naga datang berseorangan tetapi Jamal menafikannya dengan berkata wanita itu datang bersama 5 atau 6 kenderaan yang diiringi beberapa ahli PKR.

“Beliau datang dengan kawan PKR yang berbaju biru (warna PKR) untuk mengejek kami. Kenapa begitu? Kalau nak datang, datanglah betul-betul.

“Beliau yang menyerang kami dan nak masuk rumah saya. Mana boleh, rumah saya adalah privasi,” katanya.

ratu211

Sementara itu, menurut pengerusi Pertubuhan Sinar Ehsan, yang hanya dikenali sebagai Pak Anjang, Ratu Naga dan suaminya datang mewakili NGO bersama 4 ahli NGO lain termasuk dirinya dan wanita lain serta setiausaha NGO.

“Kami hanya datang untuk memberi air kepada Jamal selepas mendengar beliau 4 hari tak mandi,” katanya kepada FMT.

Beliau menjelaskan apabila mereka sampai di pintu kediaman Jamal, terdapat ramai orang menunggu dan Ratu Naga turun semata-mata. Ketika itulah beliau tiba-tiba diserang.

“Beliau menyuruh kami pergi di samping membaling telur, tepung dan menyimbah air ke atas Toyota Hilux kami naiki.”

Semalam, pemimpin Baju Merah itu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dengan hanya memakai tuala dan peralatan mandi menuntut pengawal keselamatan membuka pintu untuk menumpang mandi.

Beliau membantah gangguan air di Lembah Klang baru-baru ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.