Apa jadi RM23 juta, aktivis tuntut penjelasan FAS

Apa jadi RM23 juta, aktivis tuntut penjelasan FAS

Ia susulan kenyataan FAS mengancam menarik diri daripada menyertai saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2017 sekiranya pihaknya gagal mendapat dana RM15 juta daripada kerajaan Selangor.

saari-sugib
PETALING JAYA:
Sekumpulan aktivis pro-pembangkang mendesak Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) menjelaskan peruntukan sebanyak RM23 juta oleh kerajaan negeri bagi tujuan pembangunan bola sepak tahun ini.

“FAS selayaknya menjelaskan bagaimana wang tersebut digunakan,” kata Pengerusi Otai Reformis, Saari Sungib.

Ia susulan kenyataan FAS mengancam menarik diri daripada menyertai saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2017 sekiranya pihaknya gagal mendapat dana RM15 juta.

Saari berkata pihaknya menyokong keputusan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk tidak memberikan peruntukan tambahan kepada FAS pada musim hadapan.

“Otai Reformis menyokong pendirian menteri besar Selangor merangkap presiden FAS untuk tidak memberikan peruntukan tambahan kepada FAS untuk musim hadapan. Otai Reformis berpendapat dana sejumlah itu masih diperlukan secara kritikal bagi menggerakkan program kebajikan bagi rakyat.

“Otai Reformis juga mempunyai pandangan yang sama dengan menteri besar bahawa sudah tiba masanya untuk FAS mencari dana sendiri,” katanya dalam satu kenyataan.

Selangor menjadi pasukan ketiga selepas Kelantan dan Perlis yang mengancam menarik diri musim depan jika gagal mendapat RM15 juta sebelum Liga Malaysia, 21 Januari depan.

Sehingga saat ini, masih belum ada sebarang petanda positif daripada kerajaan negeri mengenai bantuan kewangan kepada FAS.

Dr Vida sedia taja pasukan Kelantan, dengan syarat

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.