
Pendakwa berkata Yeo Jiawei, bekas kakitan bank BSI bank ke-3 dihukum tahun ini, menggesa saksi berbohong kepada polis dan memusnahkan bukti semasa siasatan berhubung 1MDB.
“Ada perancangan bagi pelakuan kesalahan itu,” kata Hakim Daerah Ng Peng Hong.
Pendakwa berkata Yeo, 33, memainkan peranan penting dalam gerakan haram S$23.9 juta (RM74 juta) daripada dana dikaitakan dengan 1MDB semasa bekerja di Bank BSI Singapura.
Yeo berulang kali menafikan sebarang salah laku semasa perbicaraan selama sebulan itu.
Peguam bela Philip Fong memberitahu Reuters, Yeo secara “serius mempertimbangkan merayu sabitan dan hukuman”.
Pihak berkuasa Singapura menggelar siasatan 1MDB berkaitan kes pengubahan wang haram paling kompleks, canggih dan terbesar pernah mereka kendalikan.
Bank pusat Singapura pada Mei mengarahkan penutupan operasi di cawangan bank Switzerland di negara itu dan meminta Jabatan Peguam Negara menyiasat 6 pengurusan kanan dan kakitangan.
Dua bekas kakitangan BSI lain didapati bersalah dan dihukum atas tuduhan yang berpunca daripada penyiasatan pengubahan wang haram dikaitkan dengan 1MDB.
Switzerland memulakan prosiding jenayah terhadap bank, dalam siasatan antarabangsa terbesar ke atas entiti kewangan yang berurusan dengan 1MDB.
Yeo berhadapan 7 lagi pertuduhan berasingan, termasuk pengubahan wang haram, penipuan dan pemalsuan, yang dikatakan akan dibicarakan tahun depan. Pendakwa raya berkata beliau “kemungkinan berhadapan lebih banyak pertuduhan”.
Diasaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang sebelum ini menjadi pengerusi lembaga penasihat, 1MDB menjadi subjek siasatan pengubahan wang haram di sekurang-kurangnya 6 negara, termasuk Switzerland, Singapura dan Amerika Syarikat.
Najib menafikan sebarang salah laku dan berkata Malaysia akan bekerjasama dengan siasatan antarabangsa.