Tiada catuan air di Pulau Pinang sehingga 2030

Tiada catuan air di Pulau Pinang sehingga 2030

Ia lantaran strategi serampang 3 mata kerajaan negeri, seperti pengurusan kanan perbadanan air akan dipertanggungjawabkan sekiranya catuan dilakukan

lim-guan-eng-penang-1
PETALING JAYA:
Ketua Menteri Lim Guan Eng berjanji warga Pulau Pinang dan pelabur akan menikmati bekalan air yang berterusan tanpa catuan sehingga 2030.

“Kita mungkin satu-satunya negeri dalam sejarah Malaysia yang tidak pernah melakukan catuan air,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata kestabilan bekalan itu kerana strategi serampang 3 mata yang diamalkan kerajaan negeri.

Pertama, pengurusan kanan agensi akan dipertanggungjawabkan sekiranya catuan air terpaksa dilakukan.

Kedua, mengenakan kadar yang melampau ke atas pihak yang melakukan pembaziran, disamping melaksanakan program pemuliharaan air.

Ketiga, mewartakan kawasan tadahan air, serta memastikan loji rawatan dan takungan menyediakan marjin simpanan air sebanyak 32% untuk warga Pulau Pinang.

“Itu sebabnya kerajaan Pulau Pinang boleh memberi jaminan kepada 1.6 juta rakyatnya dan pelabur, bahawa bekalan air negeri akan berteusan tanpa catuan sehingga 2030.”

Walaupun kerajaan negeri dikritik lantaran ketegasannya terhadap Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Guan Eng sukacita ia terbukti memastikan kestabilan bekalan air.

“Peraturan itu memaksa pengurunan kanan PBAPP menumpukan kepada usaha memastikan catuan air tidak perlu dilakukan, termasuk mencari sumber air alternatif.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.