
“Rafizi dengan niat jahat memberitahu orang ramai kos pembinaan projek MRT adalah RM1 bilion bagi setiap kilometer.
“Ini salah kerana semua laporan berita jelas memetik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata yang kos RM21 bilion adalah untuk projek keseluruhan MRT1 sejauh 51km,” beliau dipetik sebagai berkata oleh The Star.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan malam tadi, Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) memRafizi mengeluarkan kenyataan tidak tepat mengenai kos laluan MRT Sungai Buloh-Kajang (SBK).
Rahman, yang juga pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, berkata adalah tidak adil untuk Rafizi menyalahkan MRT Corp kerana tidak jelas dalam kenyataannya.
“Majoriti orang ramai dengan jelas memahami kenyataan perdana menteri bermaksud 51km.
“Ketidakupayaan Rafizi mengakui kesilapannya sendiri dan cuba menyalahkan orang lain adalah mengejutkan dan tidak bertanggungjawab,” katanya.