TPM minta hasil siasatan 20 NGO terima dana asing

TPM minta hasil siasatan 20 NGO terima dana asing

Timbalan perdana menteri akan meminta perincian maklumat NGO yang sedang disiasat sejak November daripada ketua polis negara.

zahid-hamidi_khalid-abu-bakar_rasuah_ngo_600
TELUK INTAN:
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar akan diminta memberi perincian mengenai 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang disyaki menerima dana asing.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata buat masa ini beliau tidak mempunyai maklumat mengenai perkara itu.

“Saya akan minta butirannya daripada IGP (Khalid) siapa 20 NGO yang sedang disiasat itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Skim Subsidi dan Bantuan Saringan Kesihatan untuk Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Dewan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak di sini hari ini.

Zahid diminta mengulas kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed semalam yang menyatakan kira-kira 20 daripada 50,000 NGO yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) disiasat sejak November.

Menurut Nur Jazlan semua NGO itu disiasat kerana disyaki menerima dana yang diragui daripada individu serta organisasi luar negara.

Ini berikutan perkembangan siasatan terhadap pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah yang dipercayai melakukan aktiviti memudaratkan demokrasi berparlimen dengan menggunakan dana daripada Open Society Foundation (OSF) yang dipengerusikan George Soros.

20 NGO disyaki terima dana asing disiasat, kata Nur Jazlan

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.