200 peserta umrah bingung, masih terkandas di Nilai

200 peserta umrah bingung, masih terkandas di Nilai

Husaini yang ditempatkan di sebuah hotel di Nilai bersama jemaah lain berkata, sehingga kini mereka masih tidak mendapat sebarang maklumat mengenai status penerbangan.

umrah-delay
NILAI:
Seramai 200 jemaah umrah masih menanti peluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci selepas kegagalan syarikat penerbangan sewa khas mendapatkan permit kebenaran mendarat pada Isnin lepas.

Seorang jemaah, A Husaini Rahman, 41, yang ditempatkan di sebuah hotel di Nilai bersama jemaah lain berkata, sehingga kini mereka belum mendapat sebarang maklumat mengenai status penerbangan.

“Sehingga kini, kami masih belum menerima apa-apa berita, saya dan jemaah lain hanya berhubung dengan pihak Eagle Express Al-Fajr melalui panggilan telefon dan aplikasi WhatsApp sahaja yang hanya menyatakan belum menerima sebarang arahan kelulusan untuk melakukan penerbangan.

“Saya dan jemaah lain bingung dan sebagai orang Islam, kami beramai-ramai berdoa agar diberi petunjuk dan berharap mendapat khabar baik dalam masa terdekat,” katanya kepada Bernama hari ini.

Media pada Isnin melaporkan kira-kira 200 jemaah umrah yang dijadual berlepas bagi mengerjakan umrah pada hari berkenaan terkandas selepas penerbangan mereka ditangguhkan berikutan permit kebenaran mendarat belum diperoleh syarikat penerbangan sewa khas itu untuk membawa rombongan berkenaan.

Bagaimanapun, usaha mendapatkan penjelasan lanjut daripada pihak Eagle Express gagal.

Penerbangan batal, 250 peserta umrah terkandas

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.