
Setakat pagi semalam, video itu yang pertama kali dimuat naik FIFATV pada 21 November lalu terus mencuri tumpuan apabila ditonton 2,004,010 kali di seluruh dunia.
Jumlah tontonan itu jauh meninggalkan 2 pesaing utama untuk anugerah berkenaan, iaitu Jonath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan wakil tunggal wanita, Danisuka Rodriguez dari Venezuela.
Azevedo yang menjaringkan gol melalui aksi sepakan gunting ketika membantu pasukannya Corinthians mencatat kemenangan 6-0 ke atas Cobresal pada aksi Copa Libertadores, kekal di tempat ke-2 dengan jumlah tontonan 1,277,976.
Video aksi solo memukau Rodriguez menggelecek 3 pemain ketika mewakili negaranya menentang Colombia pada Kejohanan Sudamericano Wanita Bawah 17 Tahun di tempat ke-3 dengan jumlah tontonan 991,982.
Peminat bola sepak tempatan masih berpeluang mengundi jaringan Faiz melalui laman web rasmi FIFA, www.fifa.com sebelum nama pemenang diumumkan pada Anugerah Bola Sepak FIFA di Zurich, Switzerland pada 9 Januari ini.
Anugerah Puskas dinamakan sempena penyerang legenda Hungary, Ferenc Puskas yang menjulang 3 gelaran Eropah bersama pasukan gergasi Sepanyol, Real Madrid dari 1959 hingga 1966.
Sejak pertama kali diperkenalkan pada 2009, anugerah yang bertujuan mengiktiraf gol tercantik sepanjang tahun sudah dimenangi beberapa bintang dunia, antaranya Cristiano Ronaldo, Zlatan Ibrahimovic, Neymar dan James Rodriguez.
PAUTAN:
Pemain Pulau Pinang dicalonkan anugerah gol tercantik dunia Fifa