Mengapa MCA sembunyi pindaan enakmen Perlis, soal DAP

Mengapa MCA sembunyi pindaan enakmen Perlis, soal DAP

Ahli Parlimen DAP mempersoalkan kegagalan MCA mencari jalan penyelesaian walaupun mengetahuinya sejak awal.

kula
PETALING JAYA:
Mengapa MCA tidak memberi amaran kepada rakyat semasa kali pertama Perlis membentangkan rang undang-undang penukaran unilateral, soal Ahli Parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran.

“Bila rang undang-undang ini digubal dan kemudian dibentangkan, mengapa ia disembunyikan?

“Ini bukan rahsia. MCA sepatutnya tahu mengenainya sebelum ini,” kata ahli Parlimen DAP itu.

Semalam, Dewan Undangan Negeri Perlis meluluskan rang undang-undang membenarkan penukaran unilateral.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi dan Timbalan Speaker Khaw Hock Tong (MCA) bertindak keluar dari dewan sebagai tanda protes dan tidak mengundi.

Hanya Adun Indera Kayangan PKR Chan Ming Khai mengundi menentang rang undang-undang itu.

Timbalan Presiden MCA Datuk Wee Ka Siong dipetik sebagai berkata dalam akhbar Cina, parti itu akan memanggil Khaw untuk memberi penjelasan mengapa beliau enggan mengundi.

Kulasegaran berkata, MCA seharusnya menemui penyelesaian berhubung perkara itu, dan bukannya mengadakan mogok protes seperti dilakukan Khaw.

Kulasegaran yang menghadiri persidangan di luar negara, berkata rang undang-undang itu bukan sahaja tidak mengikut Perlembagaan, tetapi juga tidak adil kepada masyarakat.

Beliau ditanya mengenai keperluan membuat pindaan itu sekarang apabila “kerajaan bergerak ke arah tafsiran liberal dengan perkataan ‘ibu bapa'” dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata Perlis tidak sepatutnya membuat sebarang pindaan sedangkan pada masa sama kerajaan bercadang meminda Rang Undang-undang Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 2016, mengharamkan penukaran unilateral.

“Kenapa tiba-tiba melakukan tindakan yang boleh menggagalkan progres pindaan itu?”

Beliau berkata, perdana menteri perlu menggesa pembatalan peruntukan baru negeri itu.

Kulasegaran yang juga peguam, mewakili guru tadika M Indira Gandhi dalam mencabar penukaran agama anak-anaknya kepada Islam oleh bekas suami mualaf, Muhammad Riduan Abdullah.

Mahkamah Persekutuan mendengar rayuan akhir Indira bulan lalu dan tetapi menangguh keputusannya.

MCA panggil Adun Perlis kerana gagal bantah pindaan enakmen Islam

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.