Mahkamah diberitahu referendum Brexit tidak terikat

Mahkamah diberitahu referendum Brexit tidak terikat

Mahkamah diberitahu undi oleh 52% penyokong Brexit mempunyai kesan politik, tetapi tidak terikat di sisi undang-undang

Brexit_law_600
LONDON:
Referendum yang menyaksikan warga Britain mengundi meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) tidak sah, kata peguam kepada mahkamah agung di perbicaraan menentukan siapa untuk memulakan Brexit.

Mahkamah sedang mempertimbangkan rayuan dari pihak kerajaan terhadap keputusan bulan lepas yang memutuskan menteri tidak boleh menguatkuasakan Perkara 50 Perjanjian Lisbon, langkah rasmi pertama untuk memulakan proses meninggalkan EU, tanpa sokongan di Parlimen.

Sekiranya mahkamah agung mengekalkan keputusan itu, rancangan Perdana Menteri Theresa May untuk memulakan Brexit pada penghujung Mac akan tertangguh kerana perlu melepasi Parlimen terlebih dahulu.

Perbicaraan itu mengundang pelbagai reaksi di Britain. Penyokong Brexit berhujah mereka yang cuba mencabar kerajaan melalui proses mahkamah cuba menghalang kehendak rakyat.

David Pannick, peguam mewakili Gina Miller yang mencabar kerajaan, berkata referendum Jun lalu itu, yang menyaksikan 52% rakyat Britain memilih Brexit, mempunyai kesan politik tetapi tidak terikat di sisi undang-undang.

Beliau berhujah kepada 11 hakim mahkamah agung bahawa akta parlimen 2015 tidak menyatakan apa yang sepatutnya berlaku selepas referendum tercapai.

Beliau menambah hanya Parlimen berhak memulakan Brexit kerana Perkara 50 akan menyahkan akta 1972 yang membawa Britain menyertai EU.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.