Indonesia jangka perjanjian serantau China selesai 2017

Indonesia jangka perjanjian serantau China selesai 2017

Jakarta mahu memutuskan perjanjian itu seperti yang dijadualkan terutamanya dalam suasana ketidaktentuan hari ini

enggartiasto
JAKARTA:
Menteri perdagangan Indonesia Enggartiasto Lukita hari ini mejangkakan rundingan perjanjian serantau China, Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), selesai pada 2017.

“Kami mahu memutuskan perjanjian itu seperti yang dijadualkan, terutamanya dalam suasana ketidaktentuan hari ini seperti Brexit dan sebagainya,” kata Lukita kepada pemberita.

Indonesia menganjurkan beberapa sesi rundingan RCEP di ibu negara Jakarta, yang disertai Australia, India dan beberapa negara lain.

RCEP dilihat sebagai salah satu daripada pelbagai usaha membentuk wilayah perdagangan bebas di Asia Pasifik selepas bakal presiden Donald Trump berikrar untuk keluarkan Amerika Syarikat daripada Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.