
Ahli Majlis Tertinggi PPBM Tariq Ismail berkata demikian ketika mengulas ucapan perbahasan perwakilan Umno Bagan Shaik Hussein Mydin di Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2016 yang mempersoalkan sama ada Muhyiddin masih “Melayu dulu, lepas itu Malaysia” selepas berbaik dengan DAP.
Tariq yang juga cucu kepada bekas timbalan perdana menteri Tun Dr Ismail Abdul Rahman masalah utama Umno ialah terlalu taksub dengan masa lampau.
“Bila DAP terima PPBM, itu bermakna mereka tinggalkan apa yang pernah berlaku dulu. Tapi, Umno suka hendak kembalikan sejarah.
“Kita melihat ke depan untuk membina masa depan, jadi kita perlu bekerja hari ini, bukan untuk semalam,” katanya kepada FMT.
Bagaimanapun, Tariq berkata untuk terus maju, Umno perlu berhenti menyuap kenyataan retorik perkauman kepada rakyat.
“Berhenti memomokkan isu perkauman. Umno membuatkan orang Melayu jadi tunduk.
“Ketuanan kaum hanya mengenai menurut perintah,” katanya.
Tariq berkata tidak ada salahnya apabila Muhyiddin berkata beliau “Melayu dulu, Malaysia kedua”, itu memang jelas.
“Anda tidak boleh lari daripada hakikat yang anda memang Melayu. Jadi Melayu, anda rakyat Malaysia. Tidak ada rasis pun.
“Umno perlu keluar dari gua dan melihat dunia,” katanya.
Shaik Hussein berkata Muhyiddin sebelum ini menyatakan beliau mengutamakan bangsanya, kemudian barulah negaranya Malaysia, tetapi kini dilihat rapat dengan DAP.
“Tan Sri Muhyiddin dulu kita tanya dia adakah dia utamakan Malaysia atau Melayu dulu? Dia kata Melayu dulu.
“Saya minta sekarang beliau jawab balik, Melayu dulu atau Malaysia dulu,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden di PAU 2016.
PAUTAN:
Muhyiddin masih utamakan Melayu atau tidak, soal perwakilan Umno