
Siti yang mendapat 1,893 undi berada di tempat keempat dalam pemilihan langsung di kalangan 22 peguam bagi merebut 12 jawatan.
Muka baharu lain adalah H R Dipendra, Mohamad Ezri B Abdul Wahab dan Ravinder Singh Dhalliwal.
Bekas Pengerusi Majlis Peguam Malaysia, Hendon Mohamed mendahului senarai itu dengan 2,518 undi.
Calon lain yang berjaya mempertahankan jawatan mereka adalah Ravi Nekoo, Karen Cheah Yee Lynn, Brendan Navin Siva, Andrew Khoo Chin Hock, Abdul Fareed Abdul Gafoor, Honey Tan Lay Ean dan Roger Chan Weng Keng.
Majlis Peguam Malaysia hanya menerima 3,939 undi berbanding 17,394 kertas undi yang dikeluarkan.
Seramai 24 ahli jawatankuasa lain terdiri daripada Majlis Peguam negeri bersama penyandang pengerusi dan timbalannya.
Mereka kemudiannya akan memilih pengerusi, naib pengerusi, setiausaha dan bendahari selepas mesyuarat agung Majlis Peguam Malaysia berlangsung pada Mac nanti.