Bil RM26,500: Samanlah, kata Bersih kepada DKBL

Bil RM26,500: Samanlah, kata Bersih kepada DKBL

Gabungan pemantau pilihan raya itu berkata DBKL perlu ambil tindakan undang-undang sekiranya mahu penganjur Bersih 5 bayar bil pembersihan dan pembaikan

jay-jay-dbkl
PETALING JAYA:
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu bawa Bersih 2.0 ke mahkamah sekiranya mahu bil pembersihan dan pembaikan yang dikenakan keatas mereka dibayar.

Ahli jawatankuasa pemandu Bersih Jay Jay Denis berkata gabungan pemantau pilihan raya itu bertegas untuk tidak membayar RM26,500 yang dikenakan keatas mereka.

DBKL perlu mengambil tindakan undang-undang sekiranya mahu mendapatkan bayaran, tambahnya.

“Kami turunkan ratusan sukarelawan untuk jaga kebersihan jalanraya semasa dan selepas tunjuk perasaan.

“Jadi mengapa kami perlu bayar DBKL untuk bersihkan jalan (yang kami bersihkan)?” kata Denis kepada The Sun Daily hari ini.

DBKL berkata jumlah yang dibilkan itu merangkumi kos kontraktor membersihkan dan membaiki harta awam yang rosak semasa tunjuk perasaan Bersih 5 19 November lepas.

Kebanyakannya melibatkan kerosakan lanskap berhampiran KLCC yang menjadi lokasi penunjuk perasaan berhimpun untuk mendengar ucapan.

Turut dilaporkan DBKL menyerahkan bil pembersihan RM873 kepada Gerakan Baju Merah untuk tunjuk perasaan balas di Padang Merbok pada hari yang sama.

Ketuanya Datuk Jamal Md Yunos dilaporkan berkata dia sedia membayar 3 kali ganda jumlah yang dikenakan.

Tidak diketahui sama ada Baju Merah sudah membayar bil itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.