PAS puji parti komponen BN Sarawak tidak bantah RUU 355

PAS puji parti komponen BN Sarawak tidak bantah RUU 355

Khairuddin berharap lebih ramai pemimpin bukan Islam akan sedar dan menyokong RUU 355 kerana ia hanya terpakai kepada umat Islam.

Mohd-Khairuddin-Aman-Razali_law_sarawak_60042
PETALING JAYA:
PAS memuji parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak yang tidak membantah rang undang-undang (RUU) persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) yang diusulkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, minggu lalu.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, tindakan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) tidak membantah RUU Hadi sepatutnya dicontohi pemimpin politik bukan Islam lain.

“Saya mengalu-alukan pendirian Presiden SPDP, Datuk Seri Tiong King Sing yang juga ahli Parlimen Bintulu berhubung RUU 355. Ia merupakan pendirian sangat rasional dan berfakta tanpa emosi daripada seorang pemimpin politik bukan Islam.

“Kami mengharapkan lebih ramai pimpinan politik bukan Islam mengambil sikap sama secara rasional tanpa emosi dalam memberi hak kepada rakyat Muslim dalam mengamalkan hak beragama mereka menurut lunas Perlembagaan,” katanya kepada FMT hari ini.

Sinchew Daily melaporkan Tiong menyokong pindaan RUU 355 kerana ia tidak membabitkan rakyat bukan Islam.

Katanya, RUU 355 bukan hudud dan pindaannya hanya membabitkan kepentingan agama Islam.

“Kenapa kami mahu campur tangan, kami bukannya tahu sangat tentang agama Islam,” katanya dipetik laporan itu.

Kenyataan Tiong berbeza dengan pendirian Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang membantah RUU 355 kerana menganggap ia tidak berperlembagaan.

PAS pertahan RUU 355 ikut Perlembagaan

MCA tentang RUU Hadi kerana ia tidak berperlembagaan

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.