
Mangsa yang dikenali sebagai Mohd Fareez, 21, dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu, kenderaan yang diletakkan di tepi jalan dan sebuah gerai makan di kawasan itu jatuh ke lereng bukit berdekatan.

Beliau berkata seramai 6 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 1 pagi.
“Kita sedang membuat pemeriksaan sekiranya terdapat lagi mangsa yang terperangkap, usaha mencari dan menyelamat sedang dijalankan,” katanya.
Jalan utama Taman Idaman ditutup.