Sampai 2 petang, penyerang Khalid Samad sila serah diri, kata KPN

Sampai 2 petang, penyerang Khalid Samad sila serah diri, kata KPN

Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis beri peluang hingga jam 2 petang untuk sekumpulan individu dalam kejadian serangan ahli Parlimen Shah Alam, serah diri.

khalid-abu-bakar
KUALA LUMPUR: Sepuluh individu yang dikaitkan dengan kekecohan di perkarangan bangunan Parlimen semalam diberi tempoh sehingga 2 petang ini untuk menyerah diri.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad dilaporkan cuba diserang sekumpulan individu dalam kejadian itu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata insiden seumpama itu tidak boleh dipandang ringan dan dibenarkan berlaku.

“Saya bagi peluang kepada mereka yang terlibat untuk serah diri sehingga 2 petang ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis di Mes Pegawai Kanan, Bukit Aman, di sini hari ini.

Ditanya kemungkinan ada ahli Parlimen yang sengaja membenarkan perkara itu berlaku, Khalid berkata polis masih menyiasat kejadian itu.

Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata polis mengenal pasti 10 individu yang disyaki terlibat dalam kekecohan itu dan meminta mereka tampil bagi membantu siasatan.

 

Khalid Samad diserang di perkarangan Parlimen

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.