‘Jangan ingat anak jadi baik kalau ke sekolah agama, asrama’

‘Jangan ingat anak jadi baik kalau ke sekolah agama, asrama’

Syed Azmi menasihati ibu bapa yang menganggap sekolah agama merupakan penyelesaian kepada anak bermasalah.

Syed-Azmi-Alhabshi--1
PETALING JAYA:
Aktivis sosial Syed Azmi Alhabshi mempersoalkan sikap sesetengah ibu bapa yang menganggap menghantar anak mereka yang bermasalah ke sekolah berasrama, terutama yang mengutamakan kurikulum agama, sebagai jalan penyelesaian.

“Tolong, tolong, tolong, jangan keliru dan percaya yang anak anda yang bermasalah akan pulih sekiranya dihantar ke sekolah agama,” tulisnya dalam Facebook.

Malah, katanya, anak itu akan hanya menyusahkan anak lain.

“Minta maaf. Masalah bermula di rumah. Dan perlu ada guru yang betul-betul berdedikasi membantu kanak-kanak itu, bersama ibu bapanya.”

Komen itu susulan laporan pendakwah selebriti Datuk Mohammad Kazim Elias menghantar surat tuntutan permohonan maaf kepada seorang ibu yang mendakwa anaknya menjadi mangsa pencabulan seks di sebuah sekolah agama kendaliannya.

Syed Azmi berkata murid berlainan umur di sekolah berasrama perlu diasingkan dan aktiviti mereka dipantau kamera CCTV.

“Saya faham, ia menakutkan, tetapi percayalah, peratusan kanak-kanak (menjadi mangsa pencabulan) adalah kecil, atau boleh menjadi kecil sekiranya kita bekerjasama,” kata Syed Azmi, yang menambah beliau juga bekas pelajar sekolah asrama..

Kazim nafi tuduhan cabul, dakwa pengadu bermasalah displin

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.