Pemain Pulau Pinang dicalonkan anugerah gol tercantik dunia Fifa

Pemain Pulau Pinang dicalonkan anugerah gol tercantik dunia Fifa

Turut tersenarai dalam anugerah Puskas ialah gol pemain antarabangsa, Lionel Messi dari Argentina.

Mohd-Faiz-Subri
KUALA LUMPUR:
Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) menyenaraikan gol Mohd Faiz Subri sebagai antara 10 jaringan tercantik untuk Anugerah Puskas 2016.

Fifa dalam laman web rasminya, www.fifa.com, memaklumkan gol Mohd Faiz itu adalah antara yang disenaraipendekkan bagi melalui proses awal pemilihan sebelum melalui peringkat kedua.

Selain jaringan cantik Mohd Faiz yang dilakukan pada perlawanan Liga Super antara Pulau Pinang dan Pahang di Stadium Bandaraya Pulau Pinang pada 16 Feb lepas, turut tersenarai ialah gol pemain antarabangsa, Lionel Messi dari Argentina.

Peminat bola sepak boleh membuat undian terhadap jaringan pilihan mereka bermula hari ini menerusi laman web Fifa sehingga 2 Dis ini.

Tiga jaringan terbaik yang mendapat undian terbanyak akan melalui undian sekali lagi.

Pemenang akan diumumkan pada Anugerah Bola Sepak Fifa di Zurich pada 9 Jan 2017.

Undian boleh dilakukan di laman ini: http://www.fifa.com/the-best-fifa-football-awards/puskas-award/index.html

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.