
Pesawat Boeing 777 itu membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.
Ia dipercayai terhempas di Lautan Hindi, tetapi pencarian laut dalam di pantai barat Australia setakat ini masih gagal menemui serpihan pesawat itu, dengan operasi mencari itu dijangka ditamatkan pada awal tahun depan.
Voice370 sebagai persatuan waris penumpang dan anak kapal MH370 berulang kali merungut mengenai kurangnya penyelarasan dalam pencarian di barat Lautan Hindi dan sepanjang pantai Afrika, meskipun ada penemuan beberapa serpihan, sama ada disahkan atau dianggap kemungkinan besar daripada MH370.
“Meskipun ada penemuan penting, tidak ada pencarian yang sistematik dan teratur daripada mana-mana pihak bertanggungjawab.
“Ini menyebabkan tidak ada pilihan lain kecuali bertindak sendiri melakukan sesuatu untuk mencari jawapan dan penutup,” kata kenyataan dikeluarkan kumpulan itu.
Tujuh waris akan ke Madagascar pada 3 hingga 11 Disember untuk meningkatkan kesedaran, mendesak usaha pencarian oleh organisasi tempatan dan orang awam, serta mencari sendiri serpihan itu.
Ramai keluarkan skeptikal yang pencarian dilakukan di kawasan tepat, malah Voice370 sebelum ini mendesak supaya diadakan pemeriksaan semula data satelit yang digunakan untuk mengenal pasti lokasi nahas itu.
Fragmen serpihan MH370 yang dibawa air laut bertaburan ditemui berhampiran Afrika mengesahkan pesawat itu terhempas tetapi tidak memberi jawapan mengapa jet jumbo itu beralih laluan.
Serpihan pertahan yang ditemui ialah bahagian sayap sepanjang 2meteri yang dikenali sebagai flaperon – terdampar di pulau Reunion di Lautan Hindi di bahagian Perancispada Julai 2015.
Sejak itu, beberapa serpihan yang dikaitkan dengan pesawat itu ditemui di sepanjang persisiran pantai bahagian barat Lautan Hindi.
Penyiasat amatur, Blaine Gibson yang juga peguam dari Seattle yang pergi ke seluruh dunia cuba untuk menyelesaikan misteri MH370, turut menemui kemungkinan serpihan MH370 yang lain, tetapi pihak berkuasa masih belum mengesahkan sama ada ia milik pesawat malang itu atau tidak.
Laporan yang dikeluarkan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia bulan ini, yang mengetuai pencarian itu berkata pesawat itu kemungkinan hilang kawalan ketika ia terjunam ke dalam laut dengan sayapnya belum bersedia untuk mendarat, memutuskan keraguan teori yang juruterbang masih dapat mengawal keadaan ketika itu.