
Mereka dijangka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.
Serbuan dan tangkapan oleh pasukan dari Bukit Aman petang tadi berlaku kurang dari 24 jam sebelum Bersih 5 berhimpun di Kuala Lumpur.
Sebelum itu, Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan Anthony Loke turut ditahan dan dibawa ke Bukit Aman, dipercayai berhubung ucapan beliau di Konvensyen Pakatan Harapan Sabtu lalu.
Polis turut menyoal Ahli Parlimen Klang Charles Santiago berhubung pembabitan beliau dalam himpunan itu, yang diadakan Bersih 2.0 bagi mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bertegas tunjuk perasaan Bersih 5 dan himpunan balas Gerakan Baju Merah yang dipimpin ketua Umno Datuk Seri Jamal Md Yunos adalah haram, dan memberi amaran tindakan akan diambil.