Ku Nan arah Umno Melaka tarik balik sokong Baju Merah

Ku Nan arah Umno Melaka tarik balik sokong Baju Merah

Umno tidak menyokong mana-mana perhimpunan aman Sabtu ini, kata setiausaha agung

adnan-melaka
KUALA LUMPUR:
Setiausaha agung parti mengarahkan badan perhubungan Umno Melaka supaya menarik balik surat memanggil mesyuarat untuk menyelaras himpunan Baju Merah, yang diadakan serentak dengan Bersih 5 Sabtu ini.

Menurut laporan Star Online, Tengku Adnan Tengku Mansor berkata surat itu tidak selaras dengan ketetapan parti.

“Sebagai setiausaha agung, saya meminta mereka menarik balik surat itu dan tidak membabitkan diri dalam himpunan Merah atau Kuning.

“Secara peribadi, kita tak tahu ahli akan terlibat atau tidak, tetapi di peringkat parti, kita tidak terlibat. Himpunan itu tidak ada kena mengena dengan Umno,” katanya.

“Kita tidak mahu mencadangkan apa-apa. Kita nasihatkan mereka supaya tidak terlibat. Polis akan uruskan Jamal dan Maria Chin,” katanya, merujuk kepada pemimpin Baju Merah Datuk Seri Jamal Yunos, yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar dan Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah.

Arahan itu selaras kenyataan Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa yang berkata parti tidak boleh menghalang ahli menyertai himpunan aman atas kapasiti peribadi.

Sepertimana kenyataan Annuar sebelum ini, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed hari ini berkata tindakan displin akan dikenakan ke atas mana-mana ahli Umno yang melanggar undang-undang.

“Kami ada 3 juta ahli, bagaimana nak kawal semuanya? Umno adalah perikatan orang-orang yang percaya kepada Umno, tetapi itu tidak bermakna mereka mahu ikut arahan kami.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.