
Peguam S N Nair berkata, MLA adalah perjanjian persendirian antara 2 negara berdaulat sama ada mereka boleh bersikap memilih apabila menghulurkan bantuan, atau menolak, tanpa memberi sebarang sebab.
“Ia adalah budi bicara Malaysia dalam kes 1MDB untuk tidak melanjutkan bantuan kepada pihak berkuasa Switzerland,” kata Nair, sambil menambah Putrajaya boleh menawarkan bantuan pada masa akan datang dalam kes lain.
Beliau berkata, ia secara diplomatiknya tidak betul kerana tidak menawarkan bantuan apabila diminta kerana terdapat perjanjian bersama antara 2 kerajaan.
Bagaimanapun katanya, di mana perjanjian antarabangsa atau konvensyen PBB terlibat, Malaysia boleh menghadapi sekatan antarabangsa jika pihak berkuasa di sini gagal menghormatinya.
“Dalam kes itu, Malaysia perlu mematuhi kepada mereka kerana kita menandatangani dan mengesahkan perjanjian tersebut,” kata Nair sambil menambah beliau hanya menyatakan kedudukan undang-undang dalam perkara 1MDB.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Peguam Negara Switzerland Michael Lauber minggu lepas yang pihak berkuasa Malaysia tidak akan membalas permintaan negara itu untuk menyiasat penyelewengan dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan 1MDB.
“Mereka hanya berkata di bawah rangka kerja undang-undang, mereka tidak dapat membalasnya,” Lauber memberitahu Financial Times UK (FT) dalam satu temu bual.
FT melaporkan Pejabat Peguam Negara Malaysia menafikan ia cuba menggagalkan siasatan Switzerland tetapi berkata negara “polis Malaysia meneruskan siasatan jenayah berhubung perkara berkaitan 1MDB”.
FT memetik Pejabat Peguam Negara sebagai berkata “Peguam negara berpendapat permintaan ini boleh menjejaskan perkara jenayah di Malaysia”, sambil menambah “tiada isu Malaysia menyekat siasatan jenayah Switzerland”.
Pada 28 Oktober, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali memberitahu pemberita, pihaknya dalam proses menjawab permintaan ked-2 MLA oleh Switzerland.
Ini berlaku selepas Apandi berkata beliau tidak menerima permohonan pertama.
Malaysia sekali lagi tolak permintaan Swiss bantu siasat 1MDB