Najib: Tiada AS, tiada TPP

Najib: Tiada AS, tiada TPP

Nilai ekonomi AS ialah 60% daripada keseluruhan ekonomi negara anggota TPP lain.

najib-tppa
PETALING JAYA:
Datuk Seri Najib Razak berkata Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) bagi menggabungkan ekonomi 12 negara termasuk Malaysia tidak akan dilaksanakan tanpa penyertaan Amerika Syarikat, lapor Nikkei Asian Review.

Najib ketika menjawab soalan akhbar itu berkata, TPP tidak boleh diteruskan tanpa AS yang mewakili 60% daripada gandingan keluaran dalam negara kasar (KDNK) kesemua negara terlibat.

“Dalam bentuknya ketika ini, perjanjian TPP tidak boleh dilaksanakan tanpa penglibatan AS.

“Oleh itu, tidak timbul persoalan sama ada Malaysia atau mana-mana negara boleh meneruskan pengesahannya,” kata Najib

Bakal presiden AS, Donald Trump, dalam kempennya berjanji akan membatalkan TPP, yang turut disertai Australia, Brunei, Canada, Chile, Japan, Mexico, New Zealand, Peru, Singapore dan Vietnam.

Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe dalam pertemuannya dengan Trump di New York minggu depan dijangka menggesa Washington mengesahkan perjanjian itu.

Malaysia setakat ini menggubal beberapa akta bagi memberi laluan kepada beberapa syarat dalam TPP.

Minggu lalu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata nasib TPP akan ditentukan dalam mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik di Peru.

“Memang kita akui kecewa dengan perkembangan terkini kerana TPPA perjanjian dagang bebas antarabangsa pertama yang mengiktiraf hak Bumiputera di negara ini. Banyak masa dan tenaga dihabiskan untuk rundingan bagi memeterai perjanjian ini,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.