
Beliau dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini berkata, rekod tertinggi ialah 95 kes pembunuhan berkaitan senjata api yang dicatatkan pada 2013, manakala hanya 36 kes dicatatkan pada 2011.
Katanya menjawab soalan Sim Chee Keong (DAP-Bukit Mertajam) berjumlah rekod kes pembunuhan dikaitkan dengan senjata api.
Zahid berkata, 38 kes pembunuhan menggunakan senjata api berlaku pada 2008, disusuli 45 kes pada 2009, 53 kes (2010), 68 kes (2012), 41 kes (2014), 45 kes (2015) dan 24 kes setakat September tahun ini.
Sebanyak 182 daripada 445 kes pembunuhan itu berjaya diselesaikan.
Malaysia mempunyai undang-undang ketat berhubung pemilikan senjata api.
Sehubungan itu, kebanyakan rakyat tidak pernah melihat senjata api sebenar, selain revolver standard yang diberikan kepada anggota polis, apatah lagi memegangnya.