Pertubuhan Islam ke-2 terbesar Indonesia isytihar sokong gabenor Kristian Jakarta

Pertubuhan Islam ke-2 terbesar Indonesia isytihar sokong gabenor Kristian Jakarta

Ketua aktivis berkenaan berkata, perubahan dan penambahbaikan dalam bandar yang dilakukan Ahok perlu diteruskan.

relawan-Matahari-Jakarta
JAKARTA:
Kumpulan yang mendakwa aktivis Muhammadiyah, pertubuhan Islam ke-2 terbesar di negara ini, menubuhkan Relawan Matahari Jakarta dan mengisytiharkan sokongan mereka terhadap calon gabenor Jakarta, Basuki “Ahok” Tjahaja Purnama dan timbalannya, Djarot Saiful Hidayat, pada pilihan raya gabenor tahun depan.

“Relawan Matahari Jakarta adalah sekumpulan aktivis Muhammadiyah daripada pelbagai profesion dan peringkat umur yang memutuskan berjuang untuk Ahok-Djarot agar terus memperbaiki bandar,” kata pengerusi kumpulan itu Supriadi Djae pada Ahad seperti dilaporkan Kompas.com.

Muhammadiyah menggunakan matahari dalam logo.

Sebelum itu, beberapa aktivis Nahdlatul Ulama (NU), pertubuhan Islam terbesar di negara ini, menubuhkan Relawan Nusantara dan mengisytiharkan sokongan mereka terhadap Ahok-Djarot.

Supriadi mendakwa Ahok membuat perubahan dan penambahbaikan dalam bandar, seperti pengangkutan awam yang lebih baik, akses pejalan kaki dan pendidikan percuma untuk penduduk miskin.

Bagaimanapun, beliau melahirkan kebimbangan tentang ancaman kepada kepelbagaian di negara itu dengan penyalahgunaan sentimen agama.

“Kami menolak pempolitikan agama. Kita perlu memberi tumpuan kepada rekod pencapaian dan program-program yang ditawarkan oleh calon-calon,” kata Supriadi.

Pada 4 November, beratus-ratus umat Islam dari seluruh negara mengadakan perhimpunan di hadapan Istana Negara menuntut Ahok, seorang Kristian berketurunan Cina yang didakwa mencaci agama Islam.

Perhimpunan berakhir dengan keganasan dengan 2 kenderaan polis dibakar.

PAUTAN:

 

Keadaan di Jakarta terkawal selepas demonstrasi

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.