Reman Jufazli dilanjut 3 hari, mungkin didakwa Selasa ini

Reman Jufazli dilanjut 3 hari, mungkin didakwa Selasa ini

Jufazli yang kini sedang di tahan di IPd Tawau memaklumkan masih belum ada peguam mewakilinya di Sabah.

Jufazli-Shi-Ahmad
SHAH ALAM:
Perintah reman aktivis muda Sabah, Jufazli Shi Ahmad yang sepatutnya tamat hari ini dilanjutkan 3 hari lagi, kata peguamnya Wan Anwar Wan Ibrahim.

Menurut Anwar, polis masih belum menyelesaikan siasatan ke Jufazli yang dibuat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Jufazli kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau. Beliau mungkin didakwa Selasa ini (hari terakhir perintah reman).

“Saya juga difahamkan beliau masih belum ada peguam untuk mewakilinya di sana. Hal ini dimaklumkan Jufazli sendiri,” katanya.

Pada 9 November lalu, pengasas Gerakan Anak muda Selamatkan Sabah itu ditahan di sebuah pusat membeli-belah susulan kritikanya terhadap kerajaan Sabah, yang antara lain menyentuh isu rasuah RM114.5 juta yang membabitkan seorang pengarah dan timbalan pengarah Jabatan Air Sabah, bulan lalu.

Jufazli disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan atas kesalahan fitnah, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menggunakan kemudahan rangkaian secara tidak wajar, dan Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Beliau dihantar pulang ke Sabah pada 11 November untuk dsiasat pihak berkuasa di sana.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda Amanah Faiz Fadzil berkata pihaknya di Sabah akan memberikan bantuan kepada Jufazli dan keluarga menghadapi kes tersebut.

“Sekarang beliau sudah di Sabah, jadi bantuan yang boleh kita berikan terhad. Tetapi wakil kita ada di Sabah.

“Kita sentiasa memberi semangat dan sokongan moral buat beliau dan keluarga,” katanya ketika ditemui di Konvensyen Pakatan Harapan semalam.

Jufazli orang yang ikhlas dan bijak, kata rakan

Polis enggan bebas Jufazli, bakal dihantar ke Sabah

Penangkapan Jufazli dan masa depan Sabah

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.