
Baru Bian berkata, penduduk di negeri itu sudah banyak kali mendengar janji berkenaan sejak dahulu lagi, khasnya pada Pilihan Raya Negeri Sarawak, Mei lalu.
“Berdasarkan pengalaman lepas, kami tahu ini adalah retorik untuk menipu rakyat Sabah dan Sarawak kerana BN sudah berbuat demikian sejak lebih 50 tahun lalu.
“Kami tidak yakin dengan kenyataan PM ini, khasnya apabila beliau bakal berdepan PRU14,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, Sabah dan Sarawak masih jauh ketinggalan dalam pembangunan ekonomi, walaupun Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman pernah berjanji akan menjadikan pembangunan kedua-dua negeri itu sama dengan Semenanjung Malaysia.
Sejak itu, katanya, kebebasan agama terhakis, hak wilayah dikompromi dan bahasa Inggeris hilang kedudukannya sebagai bahasa rasmi.
Rakyat muak dengan janji palsu, bahas Perjanjian Malaysia di Parlimen