
Bahkan, penduduk tidak melaporkan masalah pencemaran yang berbangkit kepadanya.
“Saya baru dengar berita (ladang ternakan babi) hari ini. Kalau anda tak bagi tahu, saya tak tahu,” katanya kepada FMT hari ini.
Beliau mengulas laporan Berita Harian yang mendedahkan hanya 31 daripada 132 ladang babi yang beroperasi di kawasannya berlesen.
Menurut laporan itu, 127 daripada ladang tersebut penyebab pencemaran bau, tanah dan sungai di Kampung Batu Laut, Sepang.
Pemangku Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (Luas) Nor Zamri Sondor berkata semua pengusaha haram itu akan menerima notis pemberitahuan kesalahan dalam masa terdekat.
“Ketua kampung, penduduk perlu bekerjasama dalam memastikan kegiatan haram tidak berlaku,” kata Abdullah kepada FMT hari ini.
Mengulas lanjut, Abdullah Sani menyatakan beliau sendiri akan melawat kawasan terbabit esok atau Jumaat.
“Saya tengok macam mana. Esok lusa saya akan turun kat kawasan yang dia (Zamri) cakap tu,” katanya.