Tidak akan aktif dengan politik lagi, kata Uthayakumar

Tidak akan aktif dengan politik lagi, kata Uthayakumar

Bekas pemimpin Hindraf itu mengatakan rakyat mempunyai tanggapan pergerakan itu sudah ‘dibeli’ BN dan ramai pengundi India lebih mempercayai Pakatan untuk membela nasib mereka.

uthaya-kumar
PETALING JAYA: Bekas pemimpin Hindu Rights Action Force (Hindraf) P Uthayakumar menolak untuk bergiat aktif dalam politik kerana orang ramai mempunyai persepsi kumpulan yang diketuai adiknya “dibeli” oleh kerajaan.

Peguam itu berkata, kekalahan teruk beliau pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2013

sebagai calon Bebas di kerusia Parlimen Kota Raja dan Sri Andalas di Selangor menunjukkan kaum India lebih percaya kepada Pakatan Rakyat (PR).

“Hari ini, saya sedang menumpukan perhatian untuk membina semula profesion undang-undang saya untuk menyara hidup,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata demikian sebagai respons gesaan bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim agar beliau dan adiknya Waythamoorthy bergabung dan memulakan parti politik.

“Tidak ada yang lebih baik daripada Hindraf untuk membantu menghapuskan keistimewaan orang kaya dan rasuah,” kata Zaid dalam posting terbaru di blognya.

Bekas pemimpin Umno itu mengimbas peristiwa 25 November 2007 apabila Hindraf turun ke jalanan dengan ribuan penyokong dan menggemparkan negara.

“Mereka tegas dan tidak takut, tetapi ia semua sia-sia.”

Zaid berasa pemimpinnya tidak akan dapat mewakili kelas pekerja India kecuali mereka dilantik.

Uthayakumar berkata keputusan Waythamoorthy menyertai Barisan Nasional (BN) dan pelantikannya sebagai timbalan menteri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah untuk “membunuh kerjaya politik saya di kalangan orang India”.

“Berikutan keputusan Waythamoorthy menyertai BN, persepsi orang ramai adalah pemimpin Hindraf sudah dibeli.”

Beliau berkata penolakan pengundi di kedua-dua kerusi beliau bertanding, yang mempunyai 30 hingga 35% pengundi India, menghantar mesej jelas yang masyarakat meletakkan kepercayaan terhadap PR pada ketika itu.

Siti Mariah daripada PAS mengekalkan kerusi Parlimen Kota Raja manakala kerusi DUN Sri Andalas dimenangi Xavier Jayakumar daripada PKR. Uthayakumar hilang wang pertaruhan di kedua-dua kerusi.

“Masyarakat India berasa PR akan menyelamatkan mereka. Tetapi adakah ini berlaku di Selangor dan Pulau Pinang?” kata bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang menghabiskan 30 bulan di penjara kerana kesalahan menghasut pada 2013.

Beliau berkata Pendaftar Pertubuhan (RoS) menolak pendaftaran kedua-dua Parti Reformasi Insan Malaysia dan Parti Hak Asasi Manusia.

“Kami merayu sehingga ke Mahkamah Persekutuan untuk membatalkan keputusan RoS itu dalam kedua-dua kes tetapi gagal.”

Beliau berkata Hindraf, kini di bawah Waythamoorthy, juga tidak boleh didaftarkan sebagai NGO.

Hindraf ditubuhkan pada 2005 dengan Uthayakumar sebagai pemimpin untuk membela nasib kaum India miskin, termasuk membangkitkan isu kematian dalam tahanan polis.

Berikutan penahanan Uthayakumar dan 4 yang lain di bawah ISA pada 2007, pertubuhan itu diterajui penyelarasnya, R S Thanenthiran, yang kemudiannya membentuk Parti Makkal Sakti Malaysia untuk menyertai BN.

Waythamoorthy, yang membawa diri ke London pulang mengetuai Hindraf dan menandatangani memorandum persefahaman dengan BN sebelum PRU13.

Bagaimanapun, beliau meletak jawatan jawatan dalam kerajaan pada tahun berikutnya, dengan mendakwa Najib gagal menghormati pelan tindakan Hindraf untuk membasmi kemiskinan di kalangan masyarakat India.

Zaid gesa Uthaya, Waytha bersatu bentuk parti politik

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.