
Speaker DUN Selangor itu berkata, langkah itu adalah usaha kerajaan negeri dalam memastikan rakyat mendapat maklumat sahih melalui sidang DUN.
TV Selangor akan menyediakan jurubahasa isyarat menerusi kaedah visual untuk siaran langsung persidangan DUN yang boleh ditonton melalui www.tvselangorkini.com atau TV Selangor di YouTube.
Sesi percubaan dimulakan hari ini sehingga Jumaat ini.
Ketua Pengarang Selangor Kini, Cecelia Alphonsus pula berkata, langkah mesra Orang Kelainan Upaya (OKU) itu bertujuan memudahkan mereka mengikuti dan memahami pengisian persidangan DUN Selangor.
“Kita akan mulakan inisiatif ini pada pembukaan sidang DUN tahun depan, dengan sasarannya lebih tertumpu kepada golongan OKU.
“Matlamatnya untuk memastikan tidak wujud keciciran dalam kalangan golongan itu menerima maklumat berkaitan dasar-dasar kerajaan negeri,” katanya.