
“Kami tidak akan memaksa pembelian senjata mahal daripada Amerika Syarikat. Kami boleh dapatkannya dari tempat lain. Saya mengarahkan polis membatalkannya. Kami tidak memerlukannya,” kata Duterte dalam ucapan disiarkan di televisyen ketika pertemuan dengan pemimpin pemberontak Islam.
“Kami hanya perlu mendapatkan sumber lain yang lebih mahal dan mungkin lebih tahan lama, dan sama baik seperti senapang yang kami tempah,” katanya.
Di Washington, jurucakap Jabatan Negara AS, Mark Toner memberitahu wartawan pihaknya belum menerima notis pembatalan itu.
Hubungan AS dengan sekutu kuatnya Filipina semakin rengang selepas Duterte bertindak balas terhadap kritikan Washington mengenai usahanya memerangi salah guna dadah.
Lebih 2,300 orang ditembak mati sama ada dalam operasi polis atau kumpulan awam dalam usaha kerajaan memerangi kumpulan pengedar dadah, yang merupakan bahan kempen Duterte ketika pilihan raya presiden.
Bulan lalu, Reuters melaporkan Washington memberhentikan jualan 26,000 senapang kepada polis Filipina selepas menerima bantahan Senator Ben Cardin.
Sebelum ini, Duterte berkata Rusia dan China bersedia menjual senjata kepada Filipina.