
Kepalsuan berita itu disahkan pihak berkuasa Indonesia kepada Kedutaan Besar Malaysia, lapor Bernama.
“Bagaimanapun, rakyat Malaysia di Jakarta dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa memantau dan mematuhi nasihat pihak berkuasa tempatan,” kata Wisma Putra.
Rakyat Malaysia di negara jiran itu diminta supaya berwaspada dan mendaftar di perkhidmatan kedutaan atas talian melalui laman sesawang www.kln.gov.my.
Pada 14 Januari lalu, 7 kejadian letupan dan siri tembak-menembak menggemparkan ibu negara republik itu.
Pengganas IS mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut, yang mengorbankan 8 nyawa.