Pelombong bauksit kembali beroperasi, kata peneroka Felda

Pelombong bauksit kembali beroperasi, kata peneroka Felda

Kurangnya penguatkuasaan selepas Julai, lori dilihat kembali beroperasi pada waktu malam bagi mengangkut bauksit.

bauxite-bauksit-pahang
PETALING JAYA:
Pelombong bauksit dipercayai menggunakan “jalan belakang” untuk membawa keluar mineral di sebalik tempoh moratorium setahun yang dikenakan Kabinet kerana pencemaran alam sekitar dan kerosakan kepada kawasan Felda.

Peneroka Felda Bukit di Kuantan dilaporkan menyalahkan kekurangan penguatkuasaan sejak Julai dan mendakwa pihak berkuasa memekakkan telinga terhadap semua laporan yang dibuat.

Seorang peneroka dipetik sebagai berkata, beberapa lori dilihat di kawasan itu dan dipercayai mengangkut stok simpanan yang masih berada dalam ladang kelapa sawit.

Bagaimanapun, mereka terus mengangkut bauksit beberapa bulan selepas penangguhan itu dikenakan. “Saya sedar aktiviti perlombongan masih dijalankan,” kata seorang peneroka kepada New Straits Times.

Beliau menuduh pelombong yang mungkir kepada moratorium yang berakhir pada 31 Disember dengan menggunakan jalan belakang untuk mengangkut mineral dan menggesa tindakan tegas diambil.

Peneroka lain pula berkata, pegawai penguatkuasa dilihat hanya semasa fasa pertama dan ke-2 moratorium iaitu antara Januari dan Julai. “Tetapi sekarang pegawai-pegawai penguatkuasa langsung tidak kelihatan,” katanya.

Pengarah Tanah dan Galian Pahang, Nazri Abu Bakar berkata siasatan akan dijalankan dan kes itu dirujuk kepada pejabat timbalan pendakwa raya. Beliau berjanji tindakan segera, termasuk rampasan kenderaan berat dan peralatan perlombongan.

Sekumpulan penduduk kampung di Felda Bukit Kuantan mengadu minggu lepas yang jalan tanah mereka dirosakkan lori yang membawa bauksit pada waktu malam.

Menteri Alam Sekitar Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata beliau menjangkakan laporan penuh minggu depan.

Kerajaan pertimbang lanjutkan moratorium bauksit

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.